PESANAN TUAN BLOG =)

assalamua'laikum...
kepada sesiapa yang melawat blog saya..
tolong jangan ambil gambar-gambar dalam blog ni tanpa izin saya ya..
mohon sangat..kalau nak guna sila inbox saya di facebook..
terima kasih.. =)

Khamis, 20 Jun 2019

Pengalaman Interview LHDN Gred 31

Assalamu'alaikum semua,

Tinggal beberapa hari je lagi nak lapor diri dekat LHDN, which is 1/7/2019. Sekarang masih lagi berkhidmat di UKM. Bagi yang nak tahu pengalaman interview LHDN boleh membaca nukilan kat dalam post ni. Awalnya mohon LHDN ni sebab tlg isikan borang en. suami, dengan harapan kalau dia dapat kita pun dapat sama. Nampaknya rezeki LHDN ni berpihak pada kita, takpe semoga Allah kurniakan kerja dan rezeki yang lebih baik untuk en. suami...

Awalnya dapat panggilan temuduga pada 28/3/2019 sebagai Penolong Eksekutif Hasil- Pentadbiran (Fungsi Kesetiausahaan), masa tu terfikir2 jugak nak pergi ke tak? Memandangkan memang dah kerja gov n tetap. Kerja kat UKM ni ada pencen, tapi kat LHDN pulak takde pencen sebab LHDN ni Badan Berkanun yang diasingkan sistem saraan. Ada jugak risik2 beberapa orang yang bekerja LHDN, katanya takpe try je, sebab sebenarnya yang lain2 semua sama cuma lain dari soal gaji dan pencen je...Saya pon saje je nak try market and then jawatan ni bagi peningkatan kerjaya saya jugak...hahaha mana tahu kot ada rezeki...walaupun dah penat nak g interview.

HARI KEJADIAN 28/3/2019

Tiba di HQ LHDN, Cyberjaya, lagi beberapa minit nak menunjukkan jam 8, saja gerak lewat sikit memandangkan rumah dan Cyberjaya dekat dan hanya makan masa 15 minit nak sampai. Tiba di lobi tengok ramai jugak calon, dan setiap calon berasal dari negeri berlainan, ada yang dari Johor, Terengganu, Sarawak, Kedah dan lain2 negeri. Bila ditanya oleh calon lain, tersengih macam kerang busuk..saya dari sini je. Kami dikumpulkan di dalam bilik mesyuarat yang agak besar dan boleh memuatkan dalam 50 orang dalam satu masa. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan temuduga. Sebelum temuduga bermula, kami perlu ambil peperiksaan bertulis BM dan BI dulu. Exam ni dalam bentuk essay. Tamat exam, urusetia temuduga akan panggil calon untuk memeriksa dokumen temuduga sama ada lengkap atau tak (pastikan lengkap ya), ukur ketinggian dan berat badan (seriously calon2 temuduga ni tinggi2 jgk la), tapi tak pastilah kalau jawatan ni perlukan ketinggian..huhuhu..kemudian akhir sekali mereka akan ambil gambar calon beserta no kad pengenalan. Sementara nak tunggu giliran dipanggil temuduga..sempat jgkla mengunyah roti gardenia n milo kotak..sebab datang tadi tak sempat nak breakfast.


Saya antara calon akhir yang dipanggil ke bilik temuduga..huisshhh berdebar jgkla..dah 2 tahun tak pergi interview...kini tiba masanya dipanggil temuduga...saya beri salam dan serahkan sijil2 dan dokumen yang diperlukan...kemudian dipelawa untuk duduk. Ada 3 panel kesemuanya dan semuanya perempuan.

Soalan pertama- Perkenalkan diri anda....

Biasanya saya akan mulakan dgn ucapan terima kasih. Ayatnya gini Assalamu'alaikum..nama saya........sebelum perkenalkan diri saya nak ucapkan terima kasih kepada panel dan LHDN kerana memberi peluang kepada saya untuk ditemuduga...n then perkenalkan diri...lebihkan kepada aspek pengalaman dan perkara yang tidak terlalu peribadi..seperti latar belakang diri, pendidikan (tekankan kelebihan sewaktu belajar..berapa kali dapat anugerah..terlibat dgn sukan or apa2 yang boleh meningkatkan market kita), pengalaman bekerja...Ini antara soalan2 yang saya masih ingat..ada juga yang dah terlupa...


Kenapa nak kerja LHDN sedangkan dah kerja gov di UKM?

Saya jawab bagi peningkatan kerjaya. Ini salah satu peluang untuk saya menjawat jawatan setiausaha menggunakan diploma yang saya ada. Jika di UKM jawatan setiausaha yang dipegang bergred SPM iaitu Pembantu Setiausaha Pejabat. Jika disini saya dapat menjawat jawatan setiausaha berdasarkan kelayakan yang saya ada.


Bagaimana nak hadapi perangai bos?
Ini depends on masing2..saya nak huraikan pon tak berapa pandai

Sukan apa yang disertai dan pernah mewakili mana-mana tak?

Tak kisah ke jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak?
Stay positif dalam jawapan anda. Saya cakap ya je..sebab baru berkahwin dan tak kisah jika mulakan kehidupan baru dimana2.

Tugas-tugas setiausaha dan cabarannya?

Apa yang anda tahu tentang LHDN?
Time ni saya jawab tentang fungsi LHDN.

Apa yang LHDN sedang lakukan sekarang?
Saya jawab tentang tawaran pengakuan sukarela yang dijalan sebanyak 2 sesi dalam tempoh setahun dan kadar rebat yang diberikan dalam tempoh tersebut. (panel agak kagum waktu ni)

Isu semasa yang sedang berlaku?
Saya bab politik agak kurang sikit ilmunya. Jika nak cerita tentang ekonomi pon takut tersilap fakta...dan waktu tu sedang hangat tentang isu global tentang umat islam yang ditembak sewaktu solat jumaat di New Zealand dan menggemparkan dunia. Saya lebih memilih isu kemanusiaan dan nilai-nilai yang murni yang perlu dipupuk oleh kita sebagai rakyat disesebuah negara dan kaitkan juga dengan LHDN.

N then tamatlah sesi temuduga....

Sebulan kemudian saya dapat surat tawaran Penolong Eksekutif Pentadbiran (Kesetiausahaan) dan perlu lapor diri pada 1/7/2019. Pada waktu temuduga, dapat tawaran dan lapor diri saya sedang mengandung...tapi waktu temuduga panel tak tahu saya mengandung memandangkan usia kandungan baru 3 bulan...Alhamdulillah mungkin rezeki anak dan minggu hadapan 1/7/2019 saya akan lapor diri dan menghadiri latihan prosper selama 6 bulan di Akademi Percukaian Bangi seterusnya housemanship di LHDN Cyberjaya. Setelah tamat tempoh tersebut baru saya akan tahu penempatan kekal dimana. Alhamdulillah di atas rezeki yang diberikan..semoga en.suami pon mendapat suntikan semangat dan dikurniakan rezeki yang sama....

Aaminnn ya rabbalalamin...


Wassalam.